//Mr. Ariff Nizamuddin Vs Mrs. Amira Najwa
The Intro
Entries About Linkies Stuff



Hi, Assalamualaikum. Saya sayang "gulahati" saya, saya perlukan "gulahati" saya, walaupun kekadang buat perangai jugak. mihmihmih :love:


My Tagboard
  • URL blog only
  • Click Go once only
  • Don't ever you want to SPAM
  • )!-- BEGIN CBOX - www.cbox.ws - v001 -->


    Credits!
    Template: Us Us
    Inspired By: arezayreen
    Basecode By: Mrs.Ayreen Mrs.Ayreen
    Others:   


    KEHIDUPAN
    Monday, May 28, 2012 • Permalink • Add comment {0}

    Benar kata orang , susah ingin mencari seseorang yang benar-benar  serasi dengan kita .. seolah2 mencari separuh dari diri kita yang hilang dalam timbunan kaca , dalam pencarian kadang2 tanpa sedar kita terluka , berdarah , menangis .. diri sendiri tak lagi di kisahkan .. menunggu detik dari detik seseorang yang bisa jadi kegembiraan di sebalik kesedihan ,hidupku adalah hidupmu , hidupmu bisa jadi hidupku ..

    ''mencari yang serasi bukan bermakna mencari orang yang sempurna''

     kadang - kadang orang tertentu sahaja bisa membuatmu hangat , kadang - kadang orang tertentu sahaja yang bisa buat kamu ketawa dengan ikhlas tanpa penuh kepura-puraan , dan kadang - kadang ramai yang bercinta dengan kawan baik sendiri kerana keserasian itu ada , dan hanya dia sangat memahami kita ..dalam diam kita seolah sepi bila dia tiada..

    tapi kita seringkali khilaf dalam pencarian , sesuatu yang bernilai seringkali berada di depan mata , cuma kita yang selalu mengejar benda yang terasa asing tapi mata di kaburkan dengan kepalsuan .. akhirnya apa yang kamu dakap di landasan terakhir ? cuma bayang-bayang yang jasadnya telah berlalu pergi kerana sebuah hadiah kekecewaan .. lihat ~ siapa yang selalu memahamimu ? lihat ~ siapa yang sering berada di saat dirimu gundah .. rasa ~ siapa yang sangat menenangkan hatimu ...

    hati berbicara :

    kita cuma manusia yang seringkali hidup dalam dunia kesilapan , adakalanya tersasar jauh dari realiti , tersembunyi di alam ghaib ciptaan .. tiada apa yang perlu di risaukan , cuma jangan terus - terusan hidup dalam dunia yang penuh kepura-puraan .. bercinta untuk bahagia bukan untuk derita , jangan pernah tipu diri sendiri untuk membahagiakan orang lain kerna itu sangat tidak adil bagi kamu dan juga dia ..

    Labels:


    terima kasih atas derita , terima kasih atas bahagia.
    Permalink • Add comment {0}



    ''aku ingin mencari ketenangan diri ,agar hidup ini bukanlah suatu mimpi''

    cinta bukan mudah ,kadang berat hingga di bawa ke bahu , andai bahagia itu tiada penghujung pasti ku bawa hingga ke syurga tapi kau yang memutuskan lantas memberikan ku luka , kau jadikan aku dalam pelakon sandiwaramu , aku tahu tidak dinamakan cinta andai tidak sakit , andai tidak luka, oh tuhan berderai air mataku demi sebuah cinta yang hampa ..

    hati yang dulu lembut kian keras ,senyuman yang dulu mekar kian tawar  , pandangan yang dulu bercahaya kian pudar kerana sebuah luka yang tiada wajah ,bukan aku membenci mu tapi aku kecewa denganmu tapi terima kasih atas bahagia yang dulu aku harapkan dan terima kasih atas luka yang tak pernah aku mimpikan

    kadang2 tanpa kita sedar kita benci seseorang yang pernah membahagiakan kita , kita lupa kita jijik dengan orang yang mengajar kita erti rindu , erti kasih sayang ,erti pengorbanan ~ yang dulu kita puja , yang dulu kita sentiasa bermandikan dengan kata2 dari bibir yang tiada noktahnya , kini semua hilang sekelip mata ~ jangan ada benci di antara kita ..kita lupa sekali kita berjanji untuk bercinta sebenarnya kita sudah berikrar untuk menghadapi segala risiko .. so luka itu lah risikonya , pasrahlah ..selangkah kamu gagal selangkah kamu mendekati cinta yg sebenar , kerana pengalaman mendewasakan kita

    hati berbicara :
    awan mendung tidak bererti akan hujan , tidak selamanya awan2 hitam menghantui dirimu 
    yakinlah semua itu suatu ujian dan dugaan dan masih banyak waktu untuk kita meraih cinta ..
    masa lalu biarlah berlalu .. kerana masa lalu juga kita pernah bahagia walaupun akhirnya terluka 
    terima kasih sahaja atas segalanya dan redha itu satu jalan yg terbaik 

    Labels:


    berterus terang lah dari terus menyakiti
    Permalink • Add comment {0}
    manusia takkan terpisah dari masalah hati , dari sifat menipu .. dari sebuah pembohongan yang menyakitkan ..entahlah kenapa sukar berterus terang , kenapa sering kali bermain dengan madah - madah pujangga , kenapa suka membuatkan seseorang itu jatuh cinta dalam tidak sedar .. sedangkan seseorang itu telah lama jatuh dalam dunia cinta ..dan kenapa cinta yang ada di curangi kerana hanya sekeping ayat yang bisa meluluhkan sekeping hati yang kian lemah ..

     terkadang kesunyian yang membelenggu diri mudah rapuh bila seseorang cuba menggoda , hati kian di lema , di antara dua , antara cinta yang sedia ada dan cinta yang baru ingin berputik .. tapi adakah sekeping ayat tu mampu mencairkan cinta yang lama .. hati .... jangan mudah tergoda dengan mainan perasaan , hati ... jagna mudah lemah dengan bisikan ayat yang hanya di luahkan di bibir mulut , hati ... bangkitlah , bukalah mata hati , jangan hanya mendengar , jangan hanya membaca ..
     
    "Dear someone who I love pls don't be in love with someone else''
    please stay with me forever n ever coz deep in my heart i really2 lov u .. 

    kepada sesiapa yang sedang bercinta cobalah untuk setia , kadang - kadang bila kita dalam kesunyian , kerinduan kita rasa seronok dan asyik dengan kumbang yang tiba2 datang menghinggap .. sedangkan kumbang itu hanya singgah menghisap madu melepaskan segala lelah .. bila ia kenyang ia terbang lalu menghinggap di bunga yang lain ... dan kita termangu lalu menyesali dengan segala kesilapan yang terlalu asyik kita buaikan ..

    hati berbicara :
    kadang kala aku  terbuai oleh keasyikan yang tiba - tiba datang menjengah ke dalam hati yang kian sunyi .. terkadang aku seronok dalam kehidupan yang penuh dengan madah dan bunga - bunga yang sentiasa membuatkan aku hidup di awang - awangan hingga aku terleka akan seseorang yang sentiasa memberi aku cahaya , dan lantas aku tersedar dari khayalan yang penuh dengan bisikan ... sedarlah hati .. semua itu hanya kepura - puraan , jangan mudah terperangkap hingga tak mampu untuk melepaskan diri lagi ... 
     

    Labels:


    Kadang-2 kita lupa
    Monday, May 7, 2012 • Permalink • Add comment {0}
    kadang-2 kita rasa kita punya segalanya , 
    tapi kita silap , 
    yang kaya punya segalanya , 
    yang miskin juga punya segalanya , 
    kaya ? punya harta benda , 
    miskin ? punya hati dan perasaan . 


    Labels:


    Titanic 3D
    Monday, April 2, 2012 • Permalink • Add comment {2}
    rasa macam nak terjun bangunan je nak sangat tengok cite titanic 3D , menangis air mata darah punye la tengok cite tuhh :( boleh ke tengok cite tuh luse ? macam tak bole jeee , sobsssobss , camne nih , nak tengokkk , hati ni membuak-buak gile lah nak tengok cite tu ..

    Ohhh jackkkkk ! *mood swingg*


    ade blogger2 otai cakap , titanic 3D ni macam kite duk lam kapal owww , macam rasa tenggelam jugak , nakkkkkkkkkkkkkkk tengokkkk :( pleaseeeeeeeeee sangat2 . whewww !

    *u Jump . i Jump*


    Labels:


    Heyya Friday's Day
    Thursday, March 29, 2012 • Permalink • Add comment {0}
    Ahaksss , xde mende best hari jumaat ni , tapi kebanyakkannye duk lepaking kat rumahhhh, dukk golek2 kattt sofaaaa, dukk usha2 cite bestttt , tp al maklumlaaaa , Jumaat , ape ade halll sangat :P okeyokey .. just nak mengedikk sikit , nak sohh korang pikir , beze lelaki pompuan bile dorang jelous , kalau pompuan jelouss die camni lah gayenye : 




    pompuan jeleous 


    Bf  : Laaaa , muncung ni kenapa?
    GF : Takdee ape lah. 
    BF : Kalau xde ape , kenapa mudy semacam je ni?? cube bgtau??
    GF : Org cakap xde ape . xde ape lah . okey je ni .
    BF : Yelaaa, yelaaaa , xde ape sudahhh , jomm g makan??
    GF : Xnakk, ajak laa pompuann tu, sonok sangat kan pandang2 die , jeling2 die . 


    # Pompuann camni laa , memula xde ape , xde ape , konon xnk bgtauu ape rase , konon nakkk simpan , tapi bagitauu jugak d end , kene pusing sane, pusing sini dulu , banyak meragam dulu , baru bgtau nape , 


    Lelaki Jeleous


    Bf : Suke kan pandang2 mamat tu xde?
    Gf : Mamat mane lak?
    Bf : Yang td tu . 
    Gf : Xlaaa . 


    # Lelaku senang , die x puas ati , immoderately die akan btau , terus teranggg xde nak meragam sane sini , jadi mende cepat settle, kalau pompuan lagi x start drama , haaaa lg tuu laa wat hal *kata diri sendiri jugak*




    p/s : anda setuju wahai pompuan ? :p 



    Labels:


    Excidend Tanpa Di Duga dan Di minta
    Monday, February 20, 2012 • Permalink • Add comment {0}
    Nauzubillahiminzalib.. rasa macam dasyat sikit sebab lepas excidend jadi macam tersangat-sangat lah trauma gila. adoiiii! macam mana leh excidend? mama drive kete, terbabas dekat cutboard longkang! bayangkan, kereta tu tersepit dan terlanggar dekat situ dan mengakibatkan kereta hampir total lose? dan andai kata kereta tu tak tersepit dan terlanggar dekat situ.. Maknannya, Arwah dah lah kami tiga beranak, siapa? mama, saya ngan amad. teruk tak cedera korang tu?

    saya cedera dekat dahi, hidung, lengan, siku, lutut, lebam dekat dada ngan perut (kes seatbelt) andai kata takde seatbelat tuh , tercampak dekat luar lah jawabnya, mama just lebam kat dada, luka kat kaki ngan saki9t sakit badan , tapi mama paling teruk lebam kat dada sebab dada dia terhentak ngan stereng kereta, adik? alhamdulilah, selamat, cuma benjol kat kepala je , kebetulan mase dalam kereta tu dia tertidur.

    kejadian mase excided tu, seriously macam dalam citer, taktau macam mana leh terbabas tapi mase kepala terhantuk dekat dashboard kereta tu, memang.. memang saya sedar, dan saya sorang je sedar masa tu sambil kejot-kejot mama ngan adik, idung darah pun dah tak dulik,, kejut mereka cepat-cepat sebab takut kereta jatuh dalam longkang yang besar tu.. adalah setinggi 6 7 kaki ketinggiannya tu.. Wallahualam..

    lepas tu datang dua orang pakcik datang selamatkan mama, lepas tu dia tanya saya kaki ada tersepit tak ,, saya cakap tak dan tibe-tibe saya macam tertanya tanya, asal lah ada dekat sini .. apa jadi, maybe sebab terkejut ataupun sebab kepala terhentak dekat situ kot ,. alhamdulilah kitaorang bertiga selamat, dan takde kecederaan yang parah .. pasal kereta tu camne? mama suruh kol hubby datang , dan immediatly dia datang dan boleh tersengih-sengih sebab ingat lawak, masa dekat tempat kejadian , saya langsung tak menangis sebab mama dan adik menangis jadi saya kena kuat, sangat-sangat kuat, tapi bila tengok hubby (areznizam) tu datang terus nangis,, bukan sebab sedih ke apa, sebab rasa macam lega dan selamat je that time.

    hubby datang settlekan pasal kereta yang tersepit tu, dan kemudian bawak kitaorang kat emergncy, dan ayah pun sampai dekat hospital tu .. hubby temankan masuk xray, temankan time kena panggil.. rasa masa tu? macam nak tercirit dan tercabut kepala otak sebab kepala sangat-sangat sakit, dan sengal-sengal, tapi alhamdulilah sebab tak de pape ngan keluarga saya.. kereta? haha, nampak gayanya kena beli kereta baru lah kot .. ngeri rasanya bila jejak kan kaki masuk kereta, rasa cukup berpeluh-peluh, dan bila petang semalam bawak ayah ke tenpat kejadian, seluruh badan rasa menggeletar sebab masih lagi terbayang-bayang kejadian tersebut. dan mama tak habis-habis bitau ayah, tak nak bawak kete dah ..

    Tapi sangat-sangat bersyukur sebab, ALLAH masih selamatkan kami bertiga dan jauhkan kami daripada sebarang malapetaka, mama cakap, ALLAH masih selamatkan mama sebab mama masih kena jaga anak-anak mama, adik-adik yang tau masa tu semua dalam teperanjat dan terkejut, ayah? setiap 2 minit mesti call tanya dekat mana , tapi Alhamdulilah juga sebab ada hubby yang ada dekat ngan kitaorang, dan sentiasa tenangkan kitaorang, dan si hubby tak habis-habis perli sebab cakap ALLAH nak suruh awak tu bertaubat, jangan nak main-main lagi macam zaman bebudak, pakai tudung tu, jangan main pakai buang pulak.. tak marah dan tak kecik hati pun sebab, betul apa hubby tu cakap.. sedikit sebanyak nak berubah ke arah kebaikkan, kata orang tua kalau mata sebelah kiri asyik berkelip maknanya bakal terjadi sesuatu, rupa-rupanya mama dengan saya dah alami kejadian tu hampir seminggu dua.

    Alhamdulilah, sebab ALLAH masih peliharakan kami berdua, sangat-sangat berterima kasih dekat ayah, dekat hubby, dekat adik-adik dan kawan-kawan yang sentiasa support kat belakang, doakan kesejahteraan kami bertiga,. Insyallah, Amin

    p/s: lepas excidend tu tak rasa sakit sangat, bangun tidur satu badan tak leh nak gerak,,

    Labels: