The Intro
My Tagboard
Credits!
| terima kasih atas derita , terima kasih atas bahagia. Monday, May 28, 2012 • Permalink • Add comment {0}
''aku ingin mencari ketenangan diri ,agar hidup ini bukanlah suatu mimpi''
cinta bukan mudah
,kadang berat hingga di bawa ke bahu , andai bahagia itu tiada
penghujung pasti ku bawa hingga ke syurga tapi kau yang memutuskan
lantas memberikan ku luka , kau jadikan aku dalam pelakon sandiwaramu ,
aku tahu tidak dinamakan cinta andai tidak sakit , andai tidak luka, oh
tuhan berderai air mataku demi sebuah cinta yang hampa ..
hati yang dulu lembut kian keras
,senyuman yang dulu mekar kian tawar , pandangan yang dulu bercahaya
kian pudar kerana sebuah luka yang tiada wajah ,bukan aku membenci mu
tapi aku kecewa denganmu tapi terima kasih atas bahagia yang dulu aku
harapkan dan terima kasih atas luka yang tak pernah aku mimpikan
kadang2 tanpa kita sedar kita
benci seseorang yang pernah membahagiakan kita , kita lupa kita jijik
dengan orang yang mengajar kita erti rindu , erti kasih sayang ,erti
pengorbanan ~ yang dulu kita puja , yang dulu kita sentiasa bermandikan
dengan kata2 dari bibir yang tiada noktahnya , kini semua hilang sekelip
mata ~ jangan ada benci di antara kita ..kita lupa sekali kita berjanji
untuk bercinta sebenarnya kita sudah berikrar untuk menghadapi segala
risiko .. so luka itu lah risikonya , pasrahlah ..selangkah kamu gagal
selangkah kamu mendekati cinta yg sebenar , kerana pengalaman
mendewasakan kita
hati berbicara :
awan mendung tidak bererti akan hujan , tidak selamanya awan2 hitam menghantui dirimu
yakinlah semua itu suatu ujian dan dugaan dan masih banyak waktu untuk kita meraih cinta ..
masa lalu biarlah berlalu .. kerana masa lalu juga kita pernah bahagia walaupun akhirnya terluka
terima kasih sahaja atas segalanya dan redha itu satu jalan yg terbaik
Labels: Pengalaman Dalam Kehidupan |