//Mr. Ariff Nizamuddin Vs Mrs. Amira Najwa
The Intro
Entries About Linkies Stuff



Hi, Assalamualaikum. Saya sayang "gulahati" saya, saya perlukan "gulahati" saya, walaupun kekadang buat perangai jugak. mihmihmih :love:


My Tagboard
  • URL blog only
  • Click Go once only
  • Don't ever you want to SPAM
  • )!-- BEGIN CBOX - www.cbox.ws - v001 -->


    Credits!
    Template: Us Us
    Inspired By: arezayreen
    Basecode By: Mrs.Ayreen Mrs.Ayreen
    Others:   


    Tulang rusukku
    Wednesday, May 2, 2012 • Permalink • Add comment {0}
    WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
    LELAKI : Kamu!!!
    WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
    LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
    Kamu, tulang rusukku!

    Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena
    tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI
    mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya,
    tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

    Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
    sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
    masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
    membosankan.

    Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
    cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
    menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah
    pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

    Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya
    lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan
    juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
    rusukku!!!"

    Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI
    menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah
    tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata,
    WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk
    berpisah.

    "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita
    berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

    Lima tahunberlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
    mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi
    sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
    LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

    Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
    hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan
    WANITA.

    Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
    banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh
    sebuah dinding pembatas.

    LELAKI : Apa khabar?
    WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
    LELAKI : Belum.
    WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya
    akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu
    tahu nombor telepon saya kan?Tidak ada yang berubah.

    WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

    Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah
    seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya
    dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu
    adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan sendiri

    Labels:


    "Pa, Baca Kuat-2 Ya Ppa, Ayu Tak Dengar
    Permalink • Add comment {1}
    Pada suatu malam Salleh, seorang eksekutif yang berjaya, seperti biasanya sedang sibuk mengkaji kertas-kertas kerja pejabat yang dibawanya pulang ke rumah, kerana keesokan harinya ada mesyuarat yang sangat penting dengan para pemegang saham.

    Ketika dia sedang asyik meneliti dokumen-dokumen dari pejabat, anak perempuannya, Rahayu datang mendekatinya, berdiri tepat disampingnya, sambil memegang buku cerita baru.

    Buku bergambar seorang peri kecil yang kiut, sangat menarik
    perhatian Rahayu, "Pa lihat"! Rahayu berusaha menarik perhatian
    ayahnya. Salleh menoleh ke arahnya, sambil menurunkan kaca
    matanya, kalimah yang keluar hanyalah kalimah basa-basi
    "Wah,. buku baru ya Ayu?", "
    "Ya papa" Rahayu berseri-seri kerana merasa ada balasan dari
    ayahnya.
    "Pa bacakanlah untuk Ayu" pinta Rahayu lembut,
    "Ayu... .. papa sedang sibuk sekali, jangan sekarang yah" sanggah
    Salleh dengan cepat. Lalu dia segera mengalihkan perhatiannya pada kertas-kertas yang berserakkan didepannya, dengan serius. Rahayu termangu sejenak, namun dia belum menyerah. Dengan suara lembut dan dengan sedikit kemanjaan dia kembali merayu "pa, mama cakap papa nak bacakan untuk Ayu"
    Salleh mulai agak jengkel, " Ayu!! papa sibuk, sekarang Ayu suruh
    mama baca ya ", " pa, mama sibuk, papa lihat gambarnya lucu-lucu", " Lain kali Rahayu, ke SANA!!!! papa lagi banyak kerja" Salleh berusaha memusatkan perhatiannya pada lembar-lembar kertas tadi, minit demi minit berlalu,

    Rahayu menarik nafas panjang dan tetap disitu, berdiri ditempatnya penuh harap, dan tiba-tiba Rahayu merengek lagi. "pa,.. gambarnya cantik, papa pasti suka", "RAHAYU!!!!!, PAPA KATA, LAIN KALI!!!!! " kata Salleh membentaknya dengan keras,

    Kali ini Salleh berhasil, semangat kecil Rahayu terkulai, hampir
    menangis, matanya berkaca-kaca dan Ayu bergerak menjauhi ayahnya " Iya pa,. lain kali ya pa?" Ayu masih sempat mendekati ayahnya dan sambil menyentuh lembut tangan ayahnya ia meletak buku cerita di pangkuan ayahnya "pa kalau papa ada waktu, papa baca kuat-kuat ya pa, supaya Ayu dapat dengar "

    Hari demi hari telah berlalu, tanpa terasa dua bulan telah berlalu namun permintaan kecil Rahayu tidak pernah dipenuhi, Buku cerita Peri Kiut, belum pernah dibacakan untuk dirinya. Hingga satu petang terdengar suara hentakan yang kuat ;

    "Baammmm!!"

    Beberapa orang jiran tetangga dengan histeria memberitahu bahawa Rahayu dilanggar kenderaan yang meluncur laju dihadapan rumah Salleh oleh seorang pemandu yang sedang mabok. Tubuh mungil Rahayu terpelanting beberapa meter, dalam keadaan yang panik, kedengaran suara ambulance dan dalam perjalanan menuju rumah sakit, Rahayu sempat berkata dengan begitu sayup " Ayu takut pa, Ayu takut ma, Ayu sayang papa mama " darah segar terus keluar dari mulutnya hingga ia tidak tertolong lagi ketika sampainya di rumah sakit terdekat.

    Kejadian hari ini begitu menggoncangkan hati nurani Salleh, tidak ada lagi waktu tersisa untuk memenuhi sebuah janji. Kini yang ada hanyalah penyesalan. Permintaan si buah hati yang sangat sederhana, pun tidak dipenuhi. Masih segar terbayang dalam ingatan Salleh tangan mungil anaknya yang memohon kepadanya untuk membacakan sebuah cerita, kini sentuhan itu terasa sangat bererti sekali,

    ",... papa baca kuat-kuat ya pa, supaya Ayu boleh dengar " kata-kata Rahayu terngiang-ngiang kembali.

    Petang itu setelah segalanya telah berlalu, yang tersisa hanya
    keheningan dan kesunyian hati, canda dan riang Rahayu tidak akan terdengar lagi, Salleh mulai membuka buku cerita peri kiut yang diambilnya dari longgokan mainan Rahayu di sudut ruangan.

    Bukunya sudah tidak baru lagi, sampulnya sudah usang dan koyak. Beberapa coretan tak berbentuk menghiasi lembar-lembar
    halamannya seperti sebuah kenangan indah dari Rahayu. Salleh
    menguatkan hati, dengan mata yang berkaca-kaca Salleh membuka halaman pertama dan membacanya dengan suara yang kuat, tampak sekali Salleh berusaha membacanya dengan kuat, Salleh terus membacanya dengan kuat-kuat halaman demi halaman, dengan berlinangan air mata.

    "Rahayu dengar papa baca ya" selang beberapa kata,.. hatinya
    memohon,.lagi "Rahayu.. papa mohon ampun nak"

    " papa sayang Rahayu "

    Seakan setiap kata dalam bacaan itu begitu menggores lubuk hatinya, tak kuasa menahan itu; Salleh bersujud dan menangis,..memohon satu kesempatan lagi untuk mencintai. 



    P/s : Bz macam mana pun manusia , luangkan sedikit masa untuk yang tersayang :)

    Labels:


    Di Mana Cinta
    Permalink • Add comment {0}
    Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
    di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
    bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
    suami. Ini dialog mereka

    Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

    Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
    menyayangi dan mencintai Sayang!

    Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
    abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

    Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
    abang memang cintakan Sayang!

    Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
    saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
    lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
    puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

    Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
    "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
    merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
    dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

    Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
    Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

    Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
    disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
    Surat tersebut berbunyi begini :

    "Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
    engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
    kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
    menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
    disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
    tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
    setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
    Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
    sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
    Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
    selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
    dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
    boleh dirasai dalam hati."



    p/s : Melaungkan ILOVE sangat mudah , hakikatnya perlukan pelbagai rasa :)

    Labels: