//Mr. Ariff Nizamuddin Vs Mrs. Amira Najwa
The Intro
Entries About Linkies Stuff



Hi, Assalamualaikum. Saya sayang "gulahati" saya, saya perlukan "gulahati" saya, walaupun kekadang buat perangai jugak. mihmihmih :love:


My Tagboard
  • URL blog only
  • Click Go once only
  • Don't ever you want to SPAM
  • )!-- BEGIN CBOX - www.cbox.ws - v001 -->


    Credits!
    Template: Us Us
    Inspired By: arezayreen
    Basecode By: Mrs.Ayreen Mrs.Ayreen
    Others:   


    Awak, Dia Enggan Menangis Lagi .
    Monday, December 5, 2011 • Permalink • Add comment {0}
    Awak,
    Tubir mata ini semakin di genangi,
    Air mata tidak berhenti,
    Terus mengalir di pipi,
    Dia seka ke tepi.

    Awak,
    Dia relakan hatinya di sakiti oleh awak,
    Dia relakan air mata yang tidak berhenti,
    Dia relakan segalanya dengan harapan awak kembali bertapak di sisi,

    Awak, Dia sudah tidak tahu mahu buat apa,
    Dia sudah rasa serba tidak kena,
    Hati sebak setiap kali wajah awak menjelma,
    Dia usir perasaan tidak enak dengan berpura gembira,
    Dengan harapan semuanya kembali seperti sediakala,
    Namun, Dia menangis sendiri,

    Awak,
    Tapi kini, dia sudah enggan menangis lagi,
    Dia kini sudah penat teresak esak kerana awak,
    Jika takdirnya awak berlalu pergi,
    Dia akan tetap di sini tersenyum sendiri,

    Awak,
    Kata dia, melihat awak bahagia,
    kunci utama tentang hidupnya dia di dunia,
    meskipun awak tidak pernah melihat pgorbanan yang dia lakukan,
    Dia masih tetap gagah berdiri,
    Meskipun terasa dirinya tidak pernah di hargai,

    Awak,
    Sedikit demi sedikit, awak mula berubah warna,
    mula berubah hati,
    Dia tetap di sini dan terus menanti,
    Awak kembali seperti dulu,

    Awak,
    Awak berlian yang dia cari,
    Awak berlian yang dia temui,
    Dalam banyak banyak kaca yang dia selami,
    Di akhiri dengan berlian yang dia ingini,

    Awak,
    Meskipun berlian lebih tajam berbanding ribuan kaca yang ada,
    Dia masih tetap ingin memengang berlian itu walaupun tangannya seringkali terluka,
    Dia masih ingin membelai berlian yang ada di depan matanya,
    Kilauan berlian itu, memukau segenap hatinya.

    Awak,
    Tapi kini dia sedar,
    Tangannya semakin kerap terluka,
    Meskipun lukannya mampu terubat,
    Masih tetap ada parut yang mengikat ribuan kenangan,

    Awak,
    Hampir semua jarinya terluka,
    Dan kini hampir tinggal seberapa jari yang masih mampu mengenggam berlian itu,
    Dia masih berharap,
    Dan akan terus berharap,
    Senantiasa berdoa, akan masih ada kudrat untuk terus mengengam berlian itu,

    Awak,
    Seperit mana pun rasa luka yang dia tanggung,
    Namun, dia tetap gah mengengam, dan bangkit,
    Matlamat utamanya adalah untuk membahagiakan sekeping hati yang tersisa untuknya,
    Tapi kini, Dia akan terus menangis buat kali terakhirnya,

    Awak,
    Biarkanlah dia menangis,
    Kerana suatu tika nanti,
    Dia enggan menangis lagi .

    Notakaki : Rasa sedih bila puisi ni siap , kadangkala hjidup tak seindah yang di sangka ^^

    Labels: