//Mr. Ariff Nizamuddin Vs Mrs. Amira Najwa
The Intro
Entries About Linkies Stuff



Hi, Assalamualaikum. Saya sayang "gulahati" saya, saya perlukan "gulahati" saya, walaupun kekadang buat perangai jugak. mihmihmih :love:


My Tagboard
  • URL blog only
  • Click Go once only
  • Don't ever you want to SPAM
  • )!-- BEGIN CBOX - www.cbox.ws - v001 -->


    Credits!
    Template: Us Us
    Inspired By: arezayreen
    Basecode By: Mrs.Ayreen Mrs.Ayreen
    Others:   


    warkah terakhir
    Tuesday, September 20, 2011 • Permalink • Add comment {0}
    Saya telah mengembara ke hujung dunia mencari cinta saya. Tapi, pertama kali saya bertemu awak... hati saya terus terpaut. Demi Tuhan, saya tidak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya. Saya telah menolak awak, tapi awak mencabar saya dengan kejujuran awak. Awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan. Dan awak berjanji, saya bukanlah salah seekor rama-rama perhiasan di dinding kamar tidur awak.

    Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur di penjuru mata awak. Saya tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak. Dan di saat saya mencintai awak, saya telah jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam di dalam lautan kasih sayang, seribu impian dan saya mula terfikir... saya mengembara ke hujung dunia mencari awak... rupanya awak ada di sisi saya selama ini dan baru saya sedari tika dan saat itu.

    Bagai merpati putih, cinta saya berkelana mencari singgahsana di hati awak. Nyata saya telah menemuinya. Akhirnya awak telah memiliki cinta saya, awak campakkannya jauh ke dasar laut yang tidak mampu saya selam. Di sana saya tidak mampu melihat cahaya. Awak berikan saya harapan dan akhirnya awak jugalah yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam.

    Saya sedih sangat bila awak kata awak tidak tahu apa sebenarnya yang awak cari. Tapi jauh di sudut hati ini, saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu cinta dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau mungkin juga awak belum pernah benar-benar jatuh cinta pada seseorang. Jadi selama ini, siapa saya di hati awak?

    Awak...
    Awak mungkin jenis lelaki yang boleh menyintai ramai perempuan berkali-kali. Tetapi saya pula seorang perempuan yang percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 1 lelaki, 1 cinta dan 1 perkahwinan. Kita hidup sekali, mati sekali, menyintai sekali. Melangkah pergi meninggalkan awak telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada. Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak. Bagaimana harus saya membenci, sedangkan setiap hari saya merindui awak. Setiap saat saya mengingati awak. Seumur hidup ini saya mencintai awak.

    Awak...
    Sebelum saya menghilangkan diri dari dunia awak, ingin saya nyatakan sesuatu yang awak tidak pernah tahu. Kalaulah awak bertanya kepada saya, sedalam mana cinta saya pada awak... inilah jawapan saya - "kalaulah satu hari awak kehilangan suara, saya akan memberikan suara saya agar awak dapat bersuara semula... meskipun waktu itu saya akan bisu buat selamanya. Dan kalau satu hari nanti awak kehilangan hati, saya akan memberikan hati saya kepada awak agar awak dapat hidup selamanya, meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini (awak tidak pernah tahu)."

    Awak...
    Kerana saya mencintai awaklah saya melangkah pergi. Semua demi kebahagiaan awak. Saya doakan satu hari nanti awak akan temui apa yang awak cari. Supaya awak dapat mengetahui bagaimana rasanya terlalu mencintai dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya.

    Awak...
    Saya percaya Allah temukan kita kerana ada hikmah di sebalik semua ini. Saya tidak pernah kesal mengenali awak kerana sekurang-kurangnya saya telah bersikap jujur dan ikhlas dengan perasaan saya. Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh... awak pastinya akan kembali kepada saya tetapi saya juga ingin belajar pasrah pada ketentuan Allah, kalaupun awak takkan pernah kembali pada saya, saya akur... mungkin itu yang terbaik.


    Notakaki: Ntah Pape je cerpen pendek kali ni .. Mood ilang ..

    INI CERPEN JE OKEY .. TAKDE KAITAN DENGAN HUBUNGAN KITAORANG .. KITAORANG HAPPY JE .. TUNGGU DATE NAK KHAWIN JE  :P

    Labels: