//Mr. Ariff Nizamuddin Vs Mrs. Amira Najwa
The Intro
Entries About Linkies Stuff



Hi, Assalamualaikum. Saya sayang "gulahati" saya, saya perlukan "gulahati" saya, walaupun kekadang buat perangai jugak. mihmihmih :love:


My Tagboard
  • URL blog only
  • Click Go once only
  • Don't ever you want to SPAM
  • )!-- BEGIN CBOX - www.cbox.ws - v001 -->


    Credits!
    Template: Us Us
    Inspired By: arezayreen
    Basecode By: Mrs.Ayreen Mrs.Ayreen
    Others:   


    "Jangan bersedih,Sesungguhnya Allah bersama kita!"
    Wednesday, September 14, 2011 • Permalink • Add comment {0}
    Apabila kite asyik termenung memikirkan nasib diri ini.Merenung jauh mereka di sanahidup penuh dengan
    kegembiraan dan keseronokan.Namun kita masih tidak sedar tentang hakikat erti ketenangan yang sebenar.

    Ramai orang..tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya.
    selalu orang mengaitkan tentang ketenangan itu dengan faktor harta,faktor kekayaan.
    walaupun itu boleh menjadi penyumbang tetapi itu bukan segala-galanya.
    "Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar,tidur di atas katil yang empuk,,
    tetapi dia tidak suka dan tidak lena tidurnya serta tidak nyenyak..Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk..
    kadang-kadang dia lebih lena berbanding kita..Ada orang yang makan hidangan yang hebat,lazat,lauk pauk yang bagus..tetapi lidah nya tidak enak..lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua lauk sahaja..tetapi dia lebih selesa,lebih enak makannya.."..""Kata Hamka,,lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikamat""..

    Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar,ada makanan yang sedap,tentulah hidupnya 
    bahagia dan tenang..BELUM TENTU!!!!..(tiada siapa yang mampu menghalang ketetapan Allah SWT)

    Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang,,dia tidak boleh di tahan dengan apa-apa 
    tangan sekalipun..
    Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang,,dia tidak boleh dihulur dengan apa-apa tangan sekalipun...

    Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata
    dunia boleh berbuat apa-apa ..tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah..
    Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas,,Kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah.
    Apa yang orang rasa rugi,,Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tak sangka..
    tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan..

    Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah..
    tengok lah dunia ini..kadang-kadang..manusia hilang satu benda ini daripada dunia.
    kadang-kadang dia hilang segala-galanya.berapa banyak dalam hidup ini anda merasa keperitan hidup?
    cuba ingat!?ketika kita sedang menghadapi keperitan ,kita rasa kita tak dapat keluar daripadanya.
    Tetapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan baik..Ketika kita di timpa musibah tertentu.
    Kita kata"habislah aku kali nim"..Tapi usia kita telah berjalan.Kita masih lagi hidup dan makan dengan nikmat kurniaan hidupan ini..hari ini kita telah lupa ..kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur diatas pelbagai ranjang
    hidup yang telah Allah keluarkan kepada kita daripada nya..

    Pengalaman Mematangkan Kita..Sesiapa yang tidak melaluinya tidak memahami maksudnya.
    Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakal..dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal..
    "Ya Allah ,aku serahkan urusan ini kepada mu Ya Allah"
    Apabila insan melihat dunia dari dimensi akhirat.dia akan merasa dunia ini sangat kecil.
    kehidupan ini sangat luas.
    Nabi sebut dalam hadis..diriwayatkan iman muslim..
    Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini.Allah ambil dia,Allah masukkan dia
    kedalam syurga..kemudian ditanyakan "wahai fulan adakah kau pernah merasa derita dalam hidup?"
    dia kata"tidak,aku tidak pernah merasa derita dalam hidup ini"..Hanya kerana masuk ke dalam syurga sekelip mata lalu dilupakan cerita derita..
    Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini.dia decelupkan kedalam neraka,lalu dikeluarkan dia.
    di tanya"pernah kah kau merasai nikmat dalam hidup ini?"dia kata"Tak!aku tak pernah merasa nikmat dalam hidup ini"Hanya dengan secelup kedalam neraka.manusia lupa segala nikmat dlam hidupnya
    Masihkah kite terigatn segala nikmat yang Allah berikan kepada kita selama ini?
    Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini
    adalah  satu nikmat yang besar.nikmat kaki,nikmat tangan,nikmat sihat kita.kata Hamka"Yang ada ini harapan kita" yang kita ada ini harapan kita,bukan salah untuk kita harapkan yang belum ada tetapi jangan lupa yang telah ada!..Bersyukurlah wahai diri ini.syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar.

    Ramai orang terpaksa sabar,tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur.
    syukur la di atas nikmat yang ada.
    "Ya Allah,apa sahaja yang aku alami daripada nikmatMU,daripada kurniaanMU,daripada sesiapa di kalangan  
    hambaMU,tidak ada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan,bagi Engkau lah pujian,bagi Engkaulah  kesyukuran"

    Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah..Kamu tak mampu..
    betapa besarnya kenikmatan yang Allah turunkan kepada kita..






    Nota Tangan:Fuhhh..penat nyer menaip..takpe la..anti nak suruh myra ayreen picit2 kan.hehehe

    Labels: